Mengenali Barah Payudara dan Adakah Chitosan Koyoworld Boleh Membantu?
Kanser
payu dara terjadi apabila sel normal payu dara bertukar struktur dan
merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti
kelenjar atau 'lobul', pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.
Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel 'abnormal'. Kesemua
jenis tisu di dalam payu dara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia
bermula di dalam kelenjar atau 'duktus'.
Kanser payu dara berada di tangga ke-5 bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Dalam sepanjang hidup, seseorang wanita mempunyai risiko menghidap kanser payu dara sebanyak 1 dalam 8 orang dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28 orang.
Gambaran: Sel kanser
Apabila
kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan
lebihan tisu. Lebihan tisu inilah yang dikenali sebagai ketumbuhan.
Ketumbuhan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ‘benign’ (tumor
bukan barah) dan ‘malignan’ (tumor jenis barah). Ketumbuhan jenis pertama
iaitu ‘benign’ adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan
nyawa para penghidapnya. Hampir 80% daripada para penghidap ketumbuhan
payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis
ini.
Barah
payudara adalah merupakan ketumbuhan ‘malignan’ yang terjadi daripada
tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang
melalui proses pembahagian sel lebih dari kadar keperluan organ serta
seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel
barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal
sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic
system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang
bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini
juga dikenali sebagai ‘metastasis’.
|
Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?
Setakat
ini, Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama
menyebabkan penyakit barah adalah faktor keturunan (faktor genetik) dan
persekitaran (faktor alam sekeliling).
Apa
yang diketahui hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu
perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit.
Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit
lemah jantung.
Risiko
seseorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan
kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya
mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi
risikonya terhadap kanser payudara.
Nota: Sila taip '10 Tanda-tanda Awal Amaran Kanser' pada ruang 'Carian- Testimoni' laman web ini untuk maklumat anda.
Manakala,
mereka yang terdiri daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak
terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan
mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak dinyatakan. Untuk
seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda
tanya.
|
FAKTA
Kanser
payudara adalah kanser paling biasa hampir di semua pelusuk dunia.
Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut
geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara,
sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling
rendah di Asia dan Afrika. Umur purata yang telah didiagnosis yang
pernah dilaporkan adalah lebih kurang daripada 50 tahun di negara
membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.
Pada
tahun 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian
akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden ini mempunyai julat
purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi
100,000 di negara membangun.
Variasi
ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat
revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur
melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden ini juga
bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih
berbanding wanita kulit hitam, mereka yang keturunan Sepanyol dan orang
Asia di Amerika Syarikat.
Bilangan
kes kanser baru semakin menunjukkan peningkatan. Statistik bagi
fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan
184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut
Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu
daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur
80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap 10 orang.
Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu
daripada setiap 8 wanita akan menghidap kanser payudara. Satu daripada
setiap 28 akan mati akibat penyakit ini.
Satu
daripada setiap 3,000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka
hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penyakit ini dalam
lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di
kalangan wanita hamil.) Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis akibat kanser payu dara di Amerika Syarikat. Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara di Amerika. Setiap tahun 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis akibat kanser payu dara di United Kingdom. Di
Malaysia, kadarnya agak rendah setakat ini terutamanya di Asia, kadar
peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar termasuk juga kadar kematian.
Seorang bekas Ratu Cantik Venezuela, Eva Ekvall adalah merupakan salah seorang penghidap penyakit ini yang telah tewas dengan pertarungan menentang kanser beliau. Pertarungan yang akhirnya, mengakibatkan beliau terpaksa meninggalkan anak dan suami beliau untuk selamanya. Antara dialog beliau yang agak menyentuh hati..."Beberapa bulan sebelum ini saya sedar ada ketulan pada payu dara tetapi saya fikir itu perubahan semasa hamil"... " Saya sangat marah kerana saya sepatutnya tahu itu kanser. Ibu saudara saya dua kali menghidap kanser payudara. Nenek saya meninggal dunia juga akibat penyakit ini" .. " Saya pula hanya membiarkan masa berlalu" itulah luahan Ekvall yang tercoret indah di dalam bukunya berjodol ' Feuro de Foco'. Dalam usia yang begitu muda beliau telah tewas dengan penyakit ini. Ada masa lagi dan yang paling mustahak kita berusaha terlebih dahulu. |
Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan wanita
yang berumur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003 Kanser
payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India
kemudian kaum Melayu. Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes
kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
Kadar
Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah
52.8% per 100,000 orang pada tahun 2002 dan 46.2% bagi setiap 100,000
orang pada tahun 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi
dengan 70.1% bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India pula, 61.7%
bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu
dengan kadar 41.9% bagi setiap 100,000 orang. Pada tahun 2003, statistik
menunjukkan 33.9% bagi kaum Melayu, 59.7% bagi kaum Cina dan 55.8%
wanita India.
Seorang
wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser
payudara dalam hayat mereka. Risiko kumulatif mendapat kanser payudara
bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan
1 per 24. Lebih daripada separuh wanita yang didiagnosis berumur kurang
daripada 50 tahun.
Sebagai
perbandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita
Malaysia pada tahun 2002 dan tahun 2003 adalah kanser serviks yang
menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser
wanita.
Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.
Anggaran
oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan
2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3,825 kes telah
dilaporkan dan 1,707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.
Globocan 2000 menganggarkan secara kasar, kadar kanser payudara di
Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000
orang.
|
Kanser Payudara di Singapura
Daftar
Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di
kalangan wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura
mencatatkan peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser
payudara dari 1968 ke 1997. insiden yang spesifik mengikut umur
menunjukkan kadar tertinggi dalam julat umur 40-49 tahun dan kemudian
kadarnya turun. Ini bukan seperti insiden mengikut umur bagi wanita di
Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50 tahun tetapi kemudian
kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada kadar yang lebih
perlahan.
|
|
Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)
Dari
tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di
Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap
tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada 2003. Ini 6 kali bilangan
pesakit kanser payudara pada 1993.
Kanser
payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu.
2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti
pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka
mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur
tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan
mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda
atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada
jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun
wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil,
pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.
Ini
adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan
wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada
tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik,
penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin.
Adalah
dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda
dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa
kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan
Barat. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam amat
diperlukan dan akan terus dijalankan untuk menilai perbezaan antara
kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan
Barat).
|
TAHAP KANSER
Sehinggalah
waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit
ini adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat
awal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap
kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas
penyiasatan, yang selalunya termasuk bedah siasat ataupun biopsi.
(Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan
diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa
untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes).
Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu
diketahui. Jenis sel-sel kanser juga penting apabila jenis rawatan perlu
dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat di antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat di antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4Pada
peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada
bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian
payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara
pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar
ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar
kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit lazimnya berkait rapat
dengan tahap penyakit tersebut pada masa diagnosis dibuat. Keadaan
yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh
daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2,
30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.
Chitosan Koyoworld
Chitosan Koyoworld telah terbukti
berupaya membantu menyelesaikan beberapa kes penyakit kanser sebagaimana
telah dinyatakan bahawa Chitosan Koyoworld mempunyai ciri
'anti-kanser'. Mampu menyingkirkan mikroorganisma yang mengganggu
kesihatan badan dan menggalakkan pertumbuhan kuman baik 'probiotik'.
Serbuk Chitosan Koyoworld
Puan Yani (40-an)
Jenjarom, Selangor merupakan salah seorang pengguna yang berjaya keluar
dari masalah kesihatan setelah disahkan menghidap kanser rahim sejak
hampir 2 tahun. Setelah menggunakan Chitosan Koyoworld, beliau sendiri
seperti tidak percaya bahawa beliau tidak perlu menjalani pembedahan dan
tidak perlu melalui rawatan kimoterapi. Sebelum ini, beliau sendiri pun
tidak yakin dengan supplement Chitosan Koyoworld dan Kini beliau telah
sihat sepenuhnya.
Update on 14.01.2012...
Fakta: Di Amerika 1:50 orang
menghidap penyakit kanser. Satu petunjuk yang agak menggerunkan. Apakah
faktor persekitaran menjadi penyumbang kepada masalah ini, arus
kemodenan dan pemakanan? mungkin tidak! Negara Jepun contohnya, sebuah
negara yang maju dari segala sudut telah mencatatkan rekod penyakit
kanser terendah di dunia. Kita semua tahu budaya masayarakat Jepun
macamana? budaya dari semua aspek.....oleh itu kita berbangga Chitosan
Koyoworld dihasilkan dari negara Jepun.
Ambil tahu dan fikirkan apakah
langkah terbaik pada anda sekiranya anda telah disahkan menghidap
penyakit ini. Anda masih belum terlambat, jangan patah semangat dan
berputus asa hanya kerana anda telah disahkan menghidap kanser pada
tahap 1, 2, 3 ataupun 4. Kami ada rekod dan bukti kukuh bahawa telah ada
pengguna kami yang telah disahkan menghidap kanser berjaya keluar dari
penderitaan mereka.
Pilihan di tangan anda...hanya duduk
diam dan kecewa atau menghubungi kami di talian yang telah disediakan
bagi mendapatkan produk Chitosan Koyoworld. Sesi kosultansi akan
diberikan sekiranya anda memerlukannya, ianya percuma tanpa bayaran
sebagai menghargai anda sebagai pejuang sejati...kerana 'Kesihatan anda
matlamat kami'.